Friday, January 7, 2011

CONTOH KARANGAN FAKTA

Kemajuan komputer membawa kepada pewujudan kemudahan Internet.
Bincangkan faedah-faedah Internet.

Isi-isi penting.

Pendahuluan
Internet dan fungsinya
-berhubung, maklumat, hiburan

Isi-isi Penting

1 Kemudahan e-mail
2 Kemudahan mel suara
3 Kemudahan persidangan video
4 Hiburan

Penutup
-Peningkatan penggunaan komputer di kalangan rakyat


Contoh Karangan

        Kemajuan dalam bidang komputer telah membawa kepada kewujudan Internet. Internet membolehkan berjuta-juta pengguna komputer diseluruh dunia dapat berhubung antara satu sama lain dalam satu masa. Internet juga digunakan untuk mencari maklumat dan hiburan.

        Internet membolehkan kita berhubung dengan menggunakan kemudahan e-mail. E-mail memudahkan pengguna menghantar fail,data, imej atau video. Contohnya, jika kita mengutus surat kepada rakan yang berada di luar negara, kita hanya perlu menggunakan e-mail sahaja. Cara ini lebih cepat dan menjimatkan wang.


       Pengguna yang mempunyai kemudahan Internet dapat bercakap secara terus melalui mel suara. Contohnya, seorang ibu boleh bercakap dengan anaknya yang berada di Britain melalui mel suara. Ia lebih menjimatkan berbanding dengan menggunakan talian telefon.


       Masa kini, persidangan video dapat dijalankan melalui Internet. Ini merupakan kemudahan yang paling canggih setakat ini. Pengguna dapat menonton video yang dirakam kamera video secara langsung. Secara langsung, kemudahan ini dapat membantu pelajar mengadakan forum, perbincangan walaupun berjauhan.

       Merehatkan minda dengan memilih hiburan yang kita minati di Internet. Contohnya, mendengar lagu dan menonton video kegemaran kita .


       Sesungguhnya, kemudahan Internet mewujudkan dunia tanpa sempadan dan kebebasan maklumat. Memandangkan kemudahan Internet sangat banyak, kini negara kita berusaha untuk memajukan perkhidmitan ini kepada semua rakyat.


       

1 comment:

  1. Senaraikan empat isi penting yang terdapat pada karangan di atas.

    ReplyDelete